Friday, July 31, 2009

Jangan ada benci di hati...

Salam...

Untuk renungan bersama.. sesiapa pun tidak akan lari dari mempunyai perasaan benci ini.. tetapi rasanya lebih tenang kalau kita memaafkan & melupakan.. walaupun kekadang sesuatu perkara tu bukan mudah untuk kita lupakan... Apapun marilah kita muhasabah diri dan cuba buang perasaan benci yang ada pada diri kita.. semoga kita mendapat keberkatan dalam hidup... Insya'Allah...

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Seterusnya..

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
  1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
  5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
  8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
  10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
  12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
  16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

*Artikel ini diterima dari kotak email saya..

Tuesday, July 28, 2009

Alahai H1N1

Kartun kredit kepada danbytes.com


Sehingga hari ini saja sudah berlaku 3 kematian disebabkan penyebaran H1N1.. penularan virus ni pun semakin menakutkan dengan banyak institusi pengajian tinggi di negara kita mengambil keputusan untuk memberi cuti pada pelajar2 nya..

Tapi yang hairannya dimanakah pemantauan dari pihak berkuasa.. bila melihat di berita tadi bagaimana pelajar yang bercuti ni dibenarkan pulang ke rumah sebenarnya agak membimbangkan ku rasakan.. ada kah dengan cara ni dapat memberhentikan virus ni dari terus menerus menular?? huhu.. Virus ni bukannya dapat dikesan 24 jam.. mungkin ada diantara pelajar2 ni telah dijangkiti tapi tiada simptomnya buat sementara.. balik ke rumah baru simptom tu keluar.. so lagi besar la potensi orang2 di luar sana dijangkiti.. dan tak mustahil dari hari ke hari jumlah yang dijangkiti akan bertambah... kenapa tidak pelajar2 tu dikuarantin saja di asrama dengan pemantauan pihak yang berkenaan.. pasti ke bila dirumah mereka akan berdisiplin nanti... entah la kadang ku rasa pihak yang berkenaan semacam tak ambil endah je dengan situasi ni.. kenapa sehingga sekarang macam tiada langkah keselamatan secara besar2an diwar-warkan ye...

So cara terbaik buat masa ni kalau ada simptom2 tu segeralah berjumpa doktor.. bimbang ia akan melarat dan mendatangkan kesan yang lebih teruk.. Mungkin kita boleh gak mengambil Vitamin C dan pil bawang putih untuk menguatkan sistem imun badan.. Dan kalau boleh kurangkan la aktiviti di tempat2 awam.. Teringin gak nak meononton Harry Potter tapi bila fikirkan 2 jam dalam tu macam saja je cari nahas.. huhu..

Ni sedikit info tentang H1N1...

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?

Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK

Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?

Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?

Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?

Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?

Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.

Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda·

  • Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin
  • Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah
  • Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan ·
  • Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.
  • Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit ·
  • Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.

APA PATUT SAYA LAKUKAN APABILA SAYA SAKIT?

Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak. Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain.

Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

  1. mengalami sesak nafas
  2. Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut
  3. Pening yang mengejut
  4. Keliru
  5. Muntah yang teruk dan berterusan

Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

  1. Pernafasan yang sukar atau mencungap
  2. Warna kulit kebiruan
  3. Tidak minum air yang secukupnya
  4. Letih atau tidak bertindak balas
  5. Meradang dan tidak suka dipegang
  6. Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk
  7. Demam dengan ruam

Friday, July 10, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Salam..

Artikel ini saya terima dari kotak email saya.. Sekadar untuk berkongsi disini.., rasanya artikel ni bagus untuk kita memotivasikan diri untuk solat pada awal waktu.... Banyak kelebihannya.. Sekadar untuk renungan bersama, semoga kita sama-sama mendapat manafaatnya... Insya'Allah...


"Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu..

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya…"

Thursday, July 9, 2009

~EG dari yatt~

Salam...

Terima kasih yang tak terhingga untuk yatt atas pemberian hadiah yang begitu bermakna dan cantik tu..

Sebenarnya barang ni sepatutnya semalam dah di terima tapi waktu tu tak ada kat rumah so posmen tinggalkan kad merah je la.. Memang teruja sungguh nak terima hadiah ni.. ye la sapa yang tak suka bila dapat hadiah kan.. hehehe... So pagi2 tadi saya terus ke pejabat pos untuk ambil bungkusan dari yatt tu.. alhamdulilah barang yang dikirimkan oleh yatt berada dalam keadaan yang baik...

Nak tau apa hadiah yang saya dapat.. taraaaaa...



Trio set dengan satu teapot.. ada satu mangkuk comel jugak.. bunga ros dia sweet sangat.. ku sukaaaa... Terima kasih kembali yatt.. hadiah dari yatt dah pun didisplaykan.. apapun Kak Ifa harap semoga persahabatan diantara kita di alam cyber ini terus terjalin mesra.. Insya'Allah..

Buat Kak Nor yang telah menganjurkan aktiviti ni.. terima kasih dan tahniah!

Tuesday, July 7, 2009

Friday, July 3, 2009

Tip: 50 Rangsangan Anak Bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).

50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali.. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenafaat!

Thursday, July 2, 2009

A Lovely Blog Award

Terima award ini dari Kak Nor. Sangat-sangatlah cute! Terima kasih atas award yang diberikan ye kak.. Saya amat menghargainya.. Sayang akak!

Blogger Gift Exchange...

Salam..

Ni lak pasal EG Blogger.. Kak Nor pinjam gambar kat atas ni ye.. EG ni sebenarnya dianjurkan oleh Kak Nor.. Rajin sungguh akak kita organize EG ni.. thanks kak.. Sebenarnya sebelum ni aku pernah join jugak EG sebegini kat forum, kali ni dalam blog lak.. Seronok boleh join aktiviti ni sebab boleh bertukar2 hadiah.. ye la sapa tak suka kalau dapat hadiah kan.. ahaha... tak de la.. yang penting aktiviti macam ni boleh la jugak memanjangkan silaturahim sesama rakan bloggerkan...

Bawah ni lak senarai blogger yang turut sama menyertai EG ni.. ada 26 peserta... walau hanya mengenali satu sama lain di alam maya je.. sambutan tetap meriah.. masing2 adalah peminat barang2 antik dan english.. so tak susah nak cari tema EG kali ni.. for sure la tak lari dari barang english atau brg antik kan.. ku suka.. hehe..

1- Yatt ~ http://yattbzgg.blogspot.com/

2- Cik Mat Gebu - http://tekokuning.blogspot.com/

3- Kak Azah ~ http://azahahmad.blogspot.com/

4- Welly ~ http://sukajadicorner.blogspot.com/

5- Kak Ina KL ~ http://roslana06.blogspot.com/

6- MrsNor ~ http://mrsnorhobi.blogspot.com/

7- Affeen ~ http://affeen.blogspot.com/

8- wardah ~ http://wardahcreation.blogspot.com/

9- Amelia ~ http://ameliaabubakar.blogspot.com/

10- Maswanie ~ http://waniecraftcottage.blogspot.com/

11- FAWA ~ http://singgahsaja.blogspot.com/

12- Gee ~ http://geearjay.blogspot.com/

13- esKay ~ http://eskaygalleria.blogspot.com/

14- Kak Intan ~ http://jariintanku.blogspot.com/

15- Maslina ~ http://masdecoupage.blogspot.com/

16- Sarah95 ~ http://dclassicshoppe.blogspot.com/

17- Zawiah ~ http://zawiahdiari.blogspot.com/

18-casaomaantique ~ http://casaomaantique.blogspot.com/

19- mona ~ http://teratakq.blogspot.com/

20- idah ~ http://ummihanani.blogspot.com/

21- Azi/pinggan lama ~ http://pingganlama.blogspot.com/

22- Naiz ~ http://naizworld.blogspot.com/

23- Ryana ~ http://ryana74.blogspot.com/

24- Kak E ~ http://umi-e.blogspot.com/

25 ~ Mell ~ http://mumshomedeco.blogspot.com/

26- Ifa ~ http://miracle7577.blogspot.com/

Setelah cabutan dibuat aku kena beri pada esKay dan akan terima pulak dari yatt.. untuk yatt yang ada bertanyakan apa wish list aku.. tak kisah la.. asalkan ianya ikhlas dari hati... ku gembira menerimanya.. *smile*

Untuk esKay.. ni la dia pemberian ikhlas dariku.. ready to post.. Nanti saya beri ref nombor dia ye... Apa ada dalam niii ?? Tungguuuuuu.. hehe.. tak surprise la kan kalau tepek kat sini sekarangkan.. Mulanya aku pening gak la nak fikir apa hadiah yang nak diberikan.. so akhirnya.... ini la dia.. Harap suka nanti dengan hadiah yang tak seberapa ni ye..
Blog Widget by LinkWithin