Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri buat semua...


Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua.. untuk semua yang mengunjungi blog ini.. juga untuk rakan2 blogger... sila lah ambil e-kad yang tak seberapa ni untuk di bawak balik ke rumah ye.. jangan lupa gantung.. hehe..

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat dan semoga Syawal ini memberi kegembiraan kepada kita semua... Insya'Allah...

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pasti ada....

Kad-kad ni pula saya ambil dari blog teman2 blogger.. terima kasih diucapkan.. salam aidilfitri kembali dari saya...

dari Lyana..

dari Amy nun jauh di rantauan...

dari Kak Mimieloma

dari Welly

diambil dari blog Kak Mona

dari Kak Ina

Sedondon Yatt dan keluarga..

dari Kak Intan

Kad raya dari Kak Shida

untuk mereka yang akan pulang berhari raya ke kampung, selamat memandu... pandulah berhati2.. ingat orang yang tersayang..

semoga selamat pergi dan balik.. dan semoga perjalanan kawan2 semua dipermudahkan, berjalan lancar dan dilindungi... Insya'Allah

Jemputlah datang ke rumah dihari raya nanti..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, August 27, 2009

Cuci Mata Lagi...






English garden ni nampak macam simple je kan..

Tapi tetap cantik dipandang & memikat hati..

Seronoknya kalau dapat minum teh waktu petang kat halaman macam ni.. alangkah indahnya..

Layan...

Layan la lagu ni jap petang2 ni.. lagu ni berentak perlahan..
Syahdu pulak dengar...

Pertama kali dengar lagu ni dalam drama "Takdir yang Tercipta" lakonan Fahrin Ahmad & Umie Aida kat TV3 malam minggu lepas...

Sambil tu kepala ligat berfikir ni...
apa la nak masak petang ni ye..

Nasi? Mee bandung? Pasta? Duh! kenapa la tiba2 kemalasan melanda ni..

Kat luar pulak hujan.. ditambah angin memang kuat.. berderu2 bunyi angin dalam rumah.. syoknya kalau tidur.. hahaha..


Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Alhamdulilah.. ramadhan menjelma kembali..
Untuk semua pengunjung blog ini diucapakan..

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK”

Semoga ibadah puasa disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..
Mohon maaf di atas semua kesalahan & kesilapan
Baik yang tidak disengaja mahupun yang tersengaja..
Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Amin...

Dari Chempaqa.. terima kasih diucapkan..
selamat menjalani ibadah puasa buat Chempaqa dan keluarga

ekad yang diterima dari Yatt.. terima kasih yatt..
semoga ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran..
selamat menjalani ibadah puasa jua buat yatt dan keluarga..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Tag from Kak Pah.. Thanks...

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!

Questions & Your Answers


1. The person who tagged you
Kak Pah

2. His/her site's title and url
TADIKA AULAD http://www.auladjannah.blogspot.com/

3. Date when you were tagged
Tuesday, 18th August 2009

4. Persons you tagged
I am honored to pass this award to all of MY FOLLOWER.
So please take this awards and answer the simple questions.. Thank you..

Friday, August 14, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html


Kad di atas ni saya ambil dari blog Kak Intan.. seminggu saja lagi kita nak menyambut bulan puasa yang penuh keberkatan ni... Untuk semua juga diucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak... Semoga Ramadhan ini juga akan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah sesama kita..
Blog Widget by LinkWithin