Showing posts with label MACAM-MACAM ADA. Show all posts
Showing posts with label MACAM-MACAM ADA. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Layan...

Layan la lagu ni jap petang2 ni.. lagu ni berentak perlahan..
Syahdu pulak dengar...

Pertama kali dengar lagu ni dalam drama "Takdir yang Tercipta" lakonan Fahrin Ahmad & Umie Aida kat TV3 malam minggu lepas...

Sambil tu kepala ligat berfikir ni...
apa la nak masak petang ni ye..

Nasi? Mee bandung? Pasta? Duh! kenapa la tiba2 kemalasan melanda ni..

Kat luar pulak hujan.. ditambah angin memang kuat.. berderu2 bunyi angin dalam rumah.. syoknya kalau tidur.. hahaha..


Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia
13/08/2009 12:17pm

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan




Rasa sayu hatiku bila mendengar lagu ini.. yang pasti kita semua akan merindui kelunakkan suaranya bila menyanyikan lagu-lagu kerohanian... sayu rasa bila mendengar alunan azan dan takbir dari Allahyarham...

Takziah untuk keluarga Allahyarham... Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.. Dan semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada keluarganya.. Al-Fatihah..

Wednesday, August 5, 2009

Hujan

Seharian hujan hari ni.. Langsung tak nampak matahari yang malu dibalik awan.. Sampai malam hari ni pun hujan masih lagi turun renyai2.. tu yang rasa malas je nak bangkit dari katil hari ni.. maunya tak cuaca pun gelap dan sejuk je.. besttt.. hehe..

Ari ni habis baca novel Tiga Hari Kemudian dari Ahadiat Akashah.. Karya2 dia ni biasanya menggunakan ayat2 yang santai je.. Boleh tahan lah cerita ni.. tapi kalau saya lah tak boleh terima konsep camni... Ada ke kahwin hanya untuk tiga hari??? Tapi disebabkan novel kan... layan je la... hehe...

Layan la pulak lagu HUJAN dari Allahyarham Sudirman ni.. langsung dibuai perasaan.. heheheh..

Tuesday, July 28, 2009

Alahai H1N1

Kartun kredit kepada danbytes.com


Sehingga hari ini saja sudah berlaku 3 kematian disebabkan penyebaran H1N1.. penularan virus ni pun semakin menakutkan dengan banyak institusi pengajian tinggi di negara kita mengambil keputusan untuk memberi cuti pada pelajar2 nya..

Tapi yang hairannya dimanakah pemantauan dari pihak berkuasa.. bila melihat di berita tadi bagaimana pelajar yang bercuti ni dibenarkan pulang ke rumah sebenarnya agak membimbangkan ku rasakan.. ada kah dengan cara ni dapat memberhentikan virus ni dari terus menerus menular?? huhu.. Virus ni bukannya dapat dikesan 24 jam.. mungkin ada diantara pelajar2 ni telah dijangkiti tapi tiada simptomnya buat sementara.. balik ke rumah baru simptom tu keluar.. so lagi besar la potensi orang2 di luar sana dijangkiti.. dan tak mustahil dari hari ke hari jumlah yang dijangkiti akan bertambah... kenapa tidak pelajar2 tu dikuarantin saja di asrama dengan pemantauan pihak yang berkenaan.. pasti ke bila dirumah mereka akan berdisiplin nanti... entah la kadang ku rasa pihak yang berkenaan semacam tak ambil endah je dengan situasi ni.. kenapa sehingga sekarang macam tiada langkah keselamatan secara besar2an diwar-warkan ye...

So cara terbaik buat masa ni kalau ada simptom2 tu segeralah berjumpa doktor.. bimbang ia akan melarat dan mendatangkan kesan yang lebih teruk.. Mungkin kita boleh gak mengambil Vitamin C dan pil bawang putih untuk menguatkan sistem imun badan.. Dan kalau boleh kurangkan la aktiviti di tempat2 awam.. Teringin gak nak meononton Harry Potter tapi bila fikirkan 2 jam dalam tu macam saja je cari nahas.. huhu..

Ni sedikit info tentang H1N1...

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?

Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK

Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?

Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?

Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?

Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?

Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.

Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda·

  • Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin
  • Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah
  • Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan ·
  • Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.
  • Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit ·
  • Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.

APA PATUT SAYA LAKUKAN APABILA SAYA SAKIT?

Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak. Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain.

Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

  1. mengalami sesak nafas
  2. Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut
  3. Pening yang mengejut
  4. Keliru
  5. Muntah yang teruk dan berterusan

Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

  1. Pernafasan yang sukar atau mencungap
  2. Warna kulit kebiruan
  3. Tidak minum air yang secukupnya
  4. Letih atau tidak bertindak balas
  5. Meradang dan tidak suka dipegang
  6. Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk
  7. Demam dengan ruam

Thursday, July 9, 2009

~EG dari yatt~

Salam...

Terima kasih yang tak terhingga untuk yatt atas pemberian hadiah yang begitu bermakna dan cantik tu..

Sebenarnya barang ni sepatutnya semalam dah di terima tapi waktu tu tak ada kat rumah so posmen tinggalkan kad merah je la.. Memang teruja sungguh nak terima hadiah ni.. ye la sapa yang tak suka bila dapat hadiah kan.. hehehe... So pagi2 tadi saya terus ke pejabat pos untuk ambil bungkusan dari yatt tu.. alhamdulilah barang yang dikirimkan oleh yatt berada dalam keadaan yang baik...

Nak tau apa hadiah yang saya dapat.. taraaaaa...



Trio set dengan satu teapot.. ada satu mangkuk comel jugak.. bunga ros dia sweet sangat.. ku sukaaaa... Terima kasih kembali yatt.. hadiah dari yatt dah pun didisplaykan.. apapun Kak Ifa harap semoga persahabatan diantara kita di alam cyber ini terus terjalin mesra.. Insya'Allah..

Buat Kak Nor yang telah menganjurkan aktiviti ni.. terima kasih dan tahniah!

Thursday, July 2, 2009

Blogger Gift Exchange...

Salam..

Ni lak pasal EG Blogger.. Kak Nor pinjam gambar kat atas ni ye.. EG ni sebenarnya dianjurkan oleh Kak Nor.. Rajin sungguh akak kita organize EG ni.. thanks kak.. Sebenarnya sebelum ni aku pernah join jugak EG sebegini kat forum, kali ni dalam blog lak.. Seronok boleh join aktiviti ni sebab boleh bertukar2 hadiah.. ye la sapa tak suka kalau dapat hadiah kan.. ahaha... tak de la.. yang penting aktiviti macam ni boleh la jugak memanjangkan silaturahim sesama rakan bloggerkan...

Bawah ni lak senarai blogger yang turut sama menyertai EG ni.. ada 26 peserta... walau hanya mengenali satu sama lain di alam maya je.. sambutan tetap meriah.. masing2 adalah peminat barang2 antik dan english.. so tak susah nak cari tema EG kali ni.. for sure la tak lari dari barang english atau brg antik kan.. ku suka.. hehe..

1- Yatt ~ http://yattbzgg.blogspot.com/

2- Cik Mat Gebu - http://tekokuning.blogspot.com/

3- Kak Azah ~ http://azahahmad.blogspot.com/

4- Welly ~ http://sukajadicorner.blogspot.com/

5- Kak Ina KL ~ http://roslana06.blogspot.com/

6- MrsNor ~ http://mrsnorhobi.blogspot.com/

7- Affeen ~ http://affeen.blogspot.com/

8- wardah ~ http://wardahcreation.blogspot.com/

9- Amelia ~ http://ameliaabubakar.blogspot.com/

10- Maswanie ~ http://waniecraftcottage.blogspot.com/

11- FAWA ~ http://singgahsaja.blogspot.com/

12- Gee ~ http://geearjay.blogspot.com/

13- esKay ~ http://eskaygalleria.blogspot.com/

14- Kak Intan ~ http://jariintanku.blogspot.com/

15- Maslina ~ http://masdecoupage.blogspot.com/

16- Sarah95 ~ http://dclassicshoppe.blogspot.com/

17- Zawiah ~ http://zawiahdiari.blogspot.com/

18-casaomaantique ~ http://casaomaantique.blogspot.com/

19- mona ~ http://teratakq.blogspot.com/

20- idah ~ http://ummihanani.blogspot.com/

21- Azi/pinggan lama ~ http://pingganlama.blogspot.com/

22- Naiz ~ http://naizworld.blogspot.com/

23- Ryana ~ http://ryana74.blogspot.com/

24- Kak E ~ http://umi-e.blogspot.com/

25 ~ Mell ~ http://mumshomedeco.blogspot.com/

26- Ifa ~ http://miracle7577.blogspot.com/

Setelah cabutan dibuat aku kena beri pada esKay dan akan terima pulak dari yatt.. untuk yatt yang ada bertanyakan apa wish list aku.. tak kisah la.. asalkan ianya ikhlas dari hati... ku gembira menerimanya.. *smile*

Untuk esKay.. ni la dia pemberian ikhlas dariku.. ready to post.. Nanti saya beri ref nombor dia ye... Apa ada dalam niii ?? Tungguuuuuu.. hehe.. tak surprise la kan kalau tepek kat sini sekarangkan.. Mulanya aku pening gak la nak fikir apa hadiah yang nak diberikan.. so akhirnya.... ini la dia.. Harap suka nanti dengan hadiah yang tak seberapa ni ye..

Saturday, May 23, 2009

Salam Perkenalan....


Assalamualaikum...

Serius... sebenarnya aku pun tak tau macamana nak mulakan blog ni.. apa yang patut ditulis.. bla.. bla.. blank!

Aku memang suka membaca blog kawan-kawan yang rajin bercerita tentang kehidupan.. cara mereka menghias rumah.. menu seharian dan 1001 satu kisahnya. Di samping mendapatkan idea untuk diri sendiri pelbagai cerita ku ambil sebagai pengajaran dan panduan yang berguna dalam kita meneruskan kehidupan ini.. Tapi padaku cukuplah hanya dengan membaca blog kawan-kawan.. Nak membuat blog sendiri emm.. rasanya tak mungkin.. hehe..

Cuma beberapa hari lepas aku ada bersembang dengan Kak Nor di YM.. entahlah tiba-tiba terasa pulak nak berblog.. Berkongsi cerita dengan kawan-kawan di alam cyber. Blog ni kan salah satu cara untuk kita bergembira dan melepaskan tekanankan.. betul tak ?

So Kak Nor.. inilah 1st attempt ku.. boleh ke ? Cuma harapnya blog ni terus bertahanlah.. silap-silap nilah posting pertama dan terakhirku.. ahahaha..

Skemanya ayat... hehe..
Blog Widget by LinkWithin