Showing posts with label TAG DAN AWARD. Show all posts
Showing posts with label TAG DAN AWARD. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Alhamdulilah.. ramadhan menjelma kembali..
Untuk semua pengunjung blog ini diucapakan..

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK”

Semoga ibadah puasa disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..
Mohon maaf di atas semua kesalahan & kesilapan
Baik yang tidak disengaja mahupun yang tersengaja..
Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Amin...

Dari Chempaqa.. terima kasih diucapkan..
selamat menjalani ibadah puasa buat Chempaqa dan keluarga

ekad yang diterima dari Yatt.. terima kasih yatt..
semoga ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran..
selamat menjalani ibadah puasa jua buat yatt dan keluarga..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Wednesday, August 19, 2009

Tag from Kak Pah.. Thanks...

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!

Questions & Your Answers


1. The person who tagged you
Kak Pah

2. His/her site's title and url
TADIKA AULAD http://www.auladjannah.blogspot.com/

3. Date when you were tagged
Tuesday, 18th August 2009

4. Persons you tagged
I am honored to pass this award to all of MY FOLLOWER.
So please take this awards and answer the simple questions.. Thank you..

Friday, August 14, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html


Kad di atas ni saya ambil dari blog Kak Intan.. seminggu saja lagi kita nak menyambut bulan puasa yang penuh keberkatan ni... Untuk semua juga diucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak... Semoga Ramadhan ini juga akan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah sesama kita..

Thursday, August 13, 2009

Award.. Award...


Ni adalah award yang diangkut bawak balik dari blog Liza.
Terima kasih Liza.. rajin sungguh dia create award ni..
warna pink tu begitu lembut ditengok.. cantik dan sweet..


Award kat atas ni pulak saya ambil dari blog Kak Mimieloma. Ikutkan nama ku tak de la dalam list terima award ni tapi tak kira gak lah nak ambik juga.. hehehe... sebab kat situ pun Kak Mimi ada quote untuk kawan2 baru yang belum dapat award ni.. so kira boleh la kan.. ;p

Thursday, July 2, 2009

A Lovely Blog Award

Terima award ini dari Kak Nor. Sangat-sangatlah cute! Terima kasih atas award yang diberikan ye kak.. Saya amat menghargainya.. Sayang akak!

Friday, June 26, 2009

Kena TAG!

Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Okey dah copy dah badge orang naik motor vespa tu.. cute je..


Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ni diterima dari Kak Nor. Thanks kak.. Sebenarnya Kak Nor ni saya kenal dia kat forum CARI. Sungguh baik hati dan banyak memberi panduan & idea. Kira sumber inspirasi la.. Blog ni pun tercipta atas dorongan dia.. ye la aku pun bukan pandai sangat menulis pun.. Tapi akhirnya ada gak satu blog.. hehe.. cam lawak je.. terima kasih kak! Lagi satu kalau tengok koleksi antik dan english dia.. perghh.. meleleh air liur.. Dia ni sepanjang pengetahuanku memang terkenal sebagai minah bunga... hehe.. jangan marah kak... Pernah bersua muka sekali sewaktu berkunjung ke Kota Bharu tak lama dulu, walau pun sekejap je tapi Kak Nor ni memang peramah.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

Ni yang pening nak fikir ni... emm apa ye nak tulis.. apa2 la ye yang terlintas kat kepala sekarang ni ye..

  1. Suka menghadap internet.

  2. Suka baca dan simpan jadi koleksi majalah hiasan dalaman & laman tak kira dalam atau dari luar. Kiranya nak cari idea la.. Lagipun kadang cepat je boring ngan susun atur dekor kat rumah ni.. Nanti mula la pindah sana pindah sini.. hubby pun kadang pening.. Layannn je la..

  3. Suka warna biru. Rasa sejuk dan tenang je bila tengok warna tu..

  4. Salah satu hobiku... kumpul fridge magnet. Biasanya dari negara/tempat yang pernah pergi. Ada juga yang kawan2 beri sebagai souvenior, setengah tu kirim beli kat kawan2..

  5. Minat sangat-sangat dengan dekorasi english. Tapi lebih pada english klasik.. kot.. walaupun banyak tema english lain.. Selera masing2 kan.. Alhamdulilah hubby banyak beri sokongan dan faham minatku. Kadang ada gak dia bagi idea.. mana nak susun atau letak satu2 barang tu..

  6. Pantang tengok rumah bersepah.. Entah la rasa pening je.. Maybe sebab aku housewife 24/7 memang kat rumah so rasa kurang selesa sangat2 kalau rumah bersepah tu.. Tapi adatlah yek.. kita ada anak2 kecik mana boleh nak rumah kemas sangat pun, nanti jadi cam showroom la pulak.. yang penting sedap mata memandang.. home sweet home gitu.. Tapi kan dalam aku suka mengemas rumah ni satu je yang paling aku benci.. lipat baju... entahlah tatau pasal apa.. cam rasa satu bebanan je kalau nak kena lipat baju ni.. huhu.. tah apa-apa tah.. Ada tak mesin lipat kain kan? Kalau ada aku le orang pertama nak beli dan guna.. sonang mak.. hehe..

  7. Weekday memang akan masak, dari breakfast, makan tengahari, makan malam... Complete! Tapi heran sangat kalau weekend tu automatik mood masak tu hilang.. Nasib baik hubby sporting, selalunya dia la yang jadi Mr Mama... ahahaha.. Bukan amik kesempatan ye.. tapi memang dia yang sukarela nak buat.. alhamdulilah.. Tapi biasanya kitaorang makan kat luar je la bila weekend ni.. famili outing la kiranya..

  8. Suka sangat pergi jalan-jalan/holiday. Rasa lapang je kepala kalau dapat holiday.. Dah nama holiday sure la rilek kan.. kan..

  9. Suka sangat kalau kawan/tetamu datang ke rumah. Kiranya kalau leh aku nak serve yang terbaik la untuk derang.

  10. Mudah kesian kat orang..

Tu je la sedikit sebanyak fakta dan hobi aku.. sooo.. sekian untuk kali ini, terima kasih..

Emm nak tag sapa pulak ye??? Rasanya tak de nak tag sapa2 kot buat masa ni..

Blog Widget by LinkWithin