Tuesday, June 30, 2009

Psikologi...

Salam...
Dapat ni dari email.. padaku agak menarik so aku copy paste kat sini je la ye.. hehe..

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan:-
Psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya. Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

  1. Air mendidih kat dapur.
  2. Air paip melimpah kat bilik air.
  3. Bayi menangis.
  4. Telefon berbunyi
  5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle'kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

Ok, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

  • Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Ni pilihan aku...
  1. Matikan air mendidih kat dapur. Aku nampak ni yang paling bahaya..
  2. Pergi ambik baby menangis.... ala2 siannya..
  3. Angkat telefon yang berbunyi... then hold jap atau minta pemanggil telefon balik
  4. Tengok sapa yang ketuk pintu. Kalau jurujual ke.. biar je la.. Kalau yang aku kenal aku soh dia masuk la..
  5. Akhir sekali baru tutup air paip yang melimpah kat bilik air. Kayo la PBA camni.. ehehehe..
Boleh cam tu?? tapi relevankah dengan jawapan tu ye.. hehe.. so korang lak?

Friday, June 26, 2009

Kena TAG!

Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Okey dah copy dah badge orang naik motor vespa tu.. cute je..


Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ni diterima dari Kak Nor. Thanks kak.. Sebenarnya Kak Nor ni saya kenal dia kat forum CARI. Sungguh baik hati dan banyak memberi panduan & idea. Kira sumber inspirasi la.. Blog ni pun tercipta atas dorongan dia.. ye la aku pun bukan pandai sangat menulis pun.. Tapi akhirnya ada gak satu blog.. hehe.. cam lawak je.. terima kasih kak! Lagi satu kalau tengok koleksi antik dan english dia.. perghh.. meleleh air liur.. Dia ni sepanjang pengetahuanku memang terkenal sebagai minah bunga... hehe.. jangan marah kak... Pernah bersua muka sekali sewaktu berkunjung ke Kota Bharu tak lama dulu, walau pun sekejap je tapi Kak Nor ni memang peramah.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

Ni yang pening nak fikir ni... emm apa ye nak tulis.. apa2 la ye yang terlintas kat kepala sekarang ni ye..

  1. Suka menghadap internet.

  2. Suka baca dan simpan jadi koleksi majalah hiasan dalaman & laman tak kira dalam atau dari luar. Kiranya nak cari idea la.. Lagipun kadang cepat je boring ngan susun atur dekor kat rumah ni.. Nanti mula la pindah sana pindah sini.. hubby pun kadang pening.. Layannn je la..

  3. Suka warna biru. Rasa sejuk dan tenang je bila tengok warna tu..

  4. Salah satu hobiku... kumpul fridge magnet. Biasanya dari negara/tempat yang pernah pergi. Ada juga yang kawan2 beri sebagai souvenior, setengah tu kirim beli kat kawan2..

  5. Minat sangat-sangat dengan dekorasi english. Tapi lebih pada english klasik.. kot.. walaupun banyak tema english lain.. Selera masing2 kan.. Alhamdulilah hubby banyak beri sokongan dan faham minatku. Kadang ada gak dia bagi idea.. mana nak susun atau letak satu2 barang tu..

  6. Pantang tengok rumah bersepah.. Entah la rasa pening je.. Maybe sebab aku housewife 24/7 memang kat rumah so rasa kurang selesa sangat2 kalau rumah bersepah tu.. Tapi adatlah yek.. kita ada anak2 kecik mana boleh nak rumah kemas sangat pun, nanti jadi cam showroom la pulak.. yang penting sedap mata memandang.. home sweet home gitu.. Tapi kan dalam aku suka mengemas rumah ni satu je yang paling aku benci.. lipat baju... entahlah tatau pasal apa.. cam rasa satu bebanan je kalau nak kena lipat baju ni.. huhu.. tah apa-apa tah.. Ada tak mesin lipat kain kan? Kalau ada aku le orang pertama nak beli dan guna.. sonang mak.. hehe..

  7. Weekday memang akan masak, dari breakfast, makan tengahari, makan malam... Complete! Tapi heran sangat kalau weekend tu automatik mood masak tu hilang.. Nasib baik hubby sporting, selalunya dia la yang jadi Mr Mama... ahahaha.. Bukan amik kesempatan ye.. tapi memang dia yang sukarela nak buat.. alhamdulilah.. Tapi biasanya kitaorang makan kat luar je la bila weekend ni.. famili outing la kiranya..

  8. Suka sangat pergi jalan-jalan/holiday. Rasa lapang je kepala kalau dapat holiday.. Dah nama holiday sure la rilek kan.. kan..

  9. Suka sangat kalau kawan/tetamu datang ke rumah. Kiranya kalau leh aku nak serve yang terbaik la untuk derang.

  10. Mudah kesian kat orang..

Tu je la sedikit sebanyak fakta dan hobi aku.. sooo.. sekian untuk kali ini, terima kasih..

Emm nak tag sapa pulak ye??? Rasanya tak de nak tag sapa2 kot buat masa ni..

Dekorasi Rumah Kezman..













Suka sangat melihat dekorasi rumah ni... Nampak selesa je.. Entah bila la agaknya dapat menghias rumah cam ni..

Kredit untuk Kezman. Untuk pengetahuan Kezman adalah forumer di CARI

Wednesday, June 24, 2009

Berhati-hatilah Dengan Pemakanan Dan Penyediaannya

‘Apa yang kita makan hari ini ialah apa diri kita kemudiannya nanti’- ungkapan hos rancangan iklan TV berkaitan perkakasan penyediaan makanan.

Selain dari penjagaan status halal haram kita wajar juga menjaga cara penyediaan bermula dari peralatan yang digunakan. Secara umumnya, bahan makanan dari China wajar diberi perhatian serius akan penggunaan lemak babi. Memanglah jelas tertera akan logo halal, namun kita patut berwaspada kerana dalam negara kita sendiri ianya telah menjadi lelucon sehinggakan daging anak babi berkongsi peti ais yang sama dengan ayam! Apatah lagi apabila kita mengambil kira bagaimana lelemak babi itu telah diberi nama kod matematika.

Satu lagi lelemak yang patut diambil tahu dan dijauhi ialah lelemak trans- yakni lelemak hiliran yang diubahsuai molekulnya sehingga boleh berkeadaan tepu dalam suhu bilik. Ia digunakan secara meluas dalam industri makanan seperti biskut dan juga produk susu kerana ia mengekalkan kesegaran makanan untuk satu tempoh yang panjang. Dalam kegunaan harian ia lebih dikenali sebagai marjerin! Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dari Utusan Pengguna yang terkini.

Saya pernah mendengar keluhan seorang pekerja syarikat membaiki kereta yang menyatakan kehairanannya bagaimana seorang anak saudaranya yang baru berumur 10 tahun telah menghidap barah perut dan telah pun meninggal dunia, sedangkan ibu-bapanya orang berada dan mendapat yang terbaik dalam hidupnya dari sudut apa jua pun. Kemungkinannya ia bersumber dari pemakanan jua, sama ada dari penyediaan mahupun jenis makanan yang diambilnya. Kita lihat sudah menjadi trend bagaimana periuk tidak melekat ‘non-stick’ telah menjadi kegilaan surirumah. Hakikatnya, lapisan teflon itu amat berbahaya dan menjadi agen pembentukan barah. Pengeluar terkenal bahan tersebut, Konglomerat Dupont telah disaman beratus juta Dollar dengan nilai saman yang menanti hampir 5 Billion dollar!

Ekoran harga gula yang meningkat di pasaran dunia, kebanyakan pengusaha makanan beralih kepada pemanis tiruan, terutamanya bahan yang dipanggil Aspartame! Bahan ini ialah pemanis buatan yang mempunyai tahap kemanisan 100 kali ganda berbanding gula pasir. Antara bahan pemanis tiruan lain yang digunakan dalam industri ialah acesulfame-K, alitame, cyclamate, sakarin, neotame, sucralose, isomalt, lactitol, maltitol, mannitol, sorbitol and xylitol. Dilaporkan di Indonesia kadar pengimportannya telah mencanak 1,700 peratus dengan sakarin sahaja telah melonjak kepada 23.23 tan bernilai $87,023 dari hanya 1.3 tan bernilai US$24,601 dalam tahun 2004. Sekitar 95 peratus sakarin telah diimport dari China. Kita tidak tahu tentang keadaan dalam negara kita Malaysia!

Disebabkan dunia tanpa sempadan dan sistem perdagangan bebas, bahan makanan luar mencurah masuk dengan ada yang hanya dibungkuskan dalam negara demi mengaut untung besar. Jika demikian trend pemakanan kita, bermakna kita berada dalam keadaan bahaya terutamanya anak-anak kita. Sesuatu harus dilakukan.

Kita mencadangkan para ibu bapa mula mengambil berat dan tahu apa yang dimakan anak-anak. Setiap makanan yang mahu dibeli harus diteliti kandungannya terutamanya kandungan gula tiruan tadi. Perhatikan pada gula-gula getah, coklat serta biskut. Begitu juga dengan tablet pemanis tiruan yang sering digunakan pesakit diabetes. Tinggalkan barangan itu dan kembali kepada gula biasa dengan kadar yang sepatutnya.

Negeri-negeri Amerika Syarikat sendiri telah mengharamkan Aspartame begitu juga dengan Kesatuan Eropah. Apa yang berlaku sebelum ini, Konglomerat itu telah mengeluarkan laporan palsu kununnya ia selamat dan berfaedah untuk pengguna sehingga diluluskan oleh pihak berkuasa seperti FDA di Amerika. Hakikatnya adalah songsangan kepada laporan tersebut. Aspartame dan pemanis tiruan lain itu adalah bahan yang karsinogenik- yakni boleh menyebabkan terjadinya barah.

Selain dari periuk tanpa lekat ‘non-stick’, periuk aluminium juga harus dihindari kerana ia amat beracun kepada otak manusia. Botol air plastik juga tidak boleh digunakan berulangkali kerana bahan kimianya mungkin terbocor dan berpindah ke dalam badan kita.

Secara ringkasnya, kembalilah kepada penyediaan makanan secara asas tanpa melibatkan peralatan yang canggih kerana ia mengundang masalah di belakang hari. Gunakan periuk keluli atau tanah. Kurangkan pemakanan ‘tit-bits’ anak-anak dengan biarlah bersusah sedikit membuat kuih-muih atau cucur kampung demi kebaikan mereka. Hindari makanan dari luar negara seperti China, Indonesia dan sebagainya kerana mereka jelas menggunakan pemanis tiruan, apatah lagi jika menggunakan lelemak trans mahupun lemak ‘kobau pendek’ tu!

Sekian semoga mendapat manfaat.

Artikel ni aku dapat dari email, just nak kongsi dengan kawan2 semua.. Dalam dunia yang semakin maju sekarang, semakin banyak benda yang kita ingat memudahkan segala urusan kita tapi sebenarnya banyak memudaratkan..
Macam gula2 & makanan ringan, kami memang pantau & elakkan benda2 ni pada anak2.. memang tak de stok pun kat umah.. Sebab ku tahu benda2 ni tak berapa elok utk kesihatan anak2. Terlampau banyak kandungan garam & gulanya.. Takut aku.. Tapi tulah.. elak2, sorok2 pun kadang terlepas jugak.. lagi la sekarang bila diaorang dah bersekolah, mana la kita tau.. cuma sebagai parents aku terangkan kepada anak2 kenapa benda tu tak elok di makan, akibatnya nanti. Alhamdulilah anak2 faham cuma biasala budak2 kadang time memberontak nak, mesti nak jugak benda tu.. terpaksa la ayah dia memenuhi keinginan diaorang, kalau aku tak de nya nak bagi..

Friday, June 5, 2009

Chicken Chop

Sebenarnya dah 2-3 hari lepas Zarif mintak aku buatkan chicken chop... Cuma hari ni je ada kerajinan untuk memenuhi permintaannya.. Sorry sayang..
Ikutkan boleh saja bawak diaorang makan chicken chop kat luar, tapi nak bagi dia puas makan baik aku buat sendiri je..


Hasilnya.. yummy! ceh perasan sendiri.. hehe.. kira ok la kan untuk tekak kitaorang anak beranak..
Satu kepuasan bila tengok anak-anak begitu berselera menikmatinya.. alhamdulilah..
Blog Widget by LinkWithin