‘Apa yang kita makan hari ini ialah apa diri kita kemudiannya nanti’- ungkapan hos rancangan iklan TV berkaitan perkakasan penyediaan makanan.
Selain dari penjagaan status halal haram kita wajar juga menjaga cara penyediaan bermula dari peralatan yang digunakan. Secara umumnya, bahan makanan dari China wajar diberi perhatian serius akan penggunaan lemak babi. Memanglah jelas tertera akan logo halal, namun kita patut berwaspada kerana dalam negara kita sendiri ianya telah menjadi lelucon sehinggakan daging anak babi berkongsi peti ais yang sama dengan ayam! Apatah lagi apabila kita mengambil kira bagaimana lelemak babi itu telah diberi nama kod matematika.
Satu lagi lelemak yang patut diambil tahu dan dijauhi ialah lelemak trans- yakni lelemak hiliran yang diubahsuai molekulnya sehingga boleh berkeadaan tepu dalam suhu bilik. Ia digunakan secara meluas dalam industri makanan seperti biskut dan juga produk susu kerana ia mengekalkan kesegaran makanan untuk satu tempoh yang panjang. Dalam kegunaan harian ia lebih dikenali sebagai marjerin! Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dari Utusan Pengguna yang terkini.
Saya pernah mendengar keluhan seorang pekerja syarikat membaiki kereta yang menyatakan kehairanannya bagaimana seorang anak saudaranya yang baru berumur 10 tahun telah menghidap barah perut dan telah pun meninggal dunia, sedangkan ibu-bapanya orang berada dan mendapat yang terbaik dalam hidupnya dari sudut apa jua pun. Kemungkinannya ia bersumber dari pemakanan jua, sama ada dari penyediaan mahupun jenis makanan yang diambilnya. Kita lihat sudah menjadi trend bagaimana periuk tidak melekat ‘non-stick’ telah menjadi kegilaan surirumah. Hakikatnya, lapisan teflon itu amat berbahaya dan menjadi agen pembentukan barah. Pengeluar terkenal bahan tersebut, Konglomerat Dupont telah disaman beratus juta Dollar dengan nilai saman yang menanti hampir 5 Billion dollar!
Ekoran harga gula yang meningkat di pasaran dunia, kebanyakan pengusaha makanan beralih kepada pemanis tiruan, terutamanya bahan yang dipanggil Aspartame! Bahan ini ialah pemanis buatan yang mempunyai tahap kemanisan 100 kali ganda berbanding gula pasir. Antara bahan pemanis tiruan lain yang digunakan dalam industri ialah acesulfame-K, alitame, cyclamate, sakarin, neotame, sucralose, isomalt, lactitol, maltitol, mannitol, sorbitol and xylitol. Dilaporkan di Indonesia kadar pengimportannya telah mencanak 1,700 peratus dengan sakarin sahaja telah melonjak kepada 23.23 tan bernilai $87,023 dari hanya 1.3 tan bernilai US$24,601 dalam tahun 2004. Sekitar 95 peratus sakarin telah diimport dari China. Kita tidak tahu tentang keadaan dalam negara kita Malaysia!
Disebabkan dunia tanpa sempadan dan sistem perdagangan bebas, bahan makanan luar mencurah masuk dengan ada yang hanya dibungkuskan dalam negara demi mengaut untung besar. Jika demikian trend pemakanan kita, bermakna kita berada dalam keadaan bahaya terutamanya anak-anak kita. Sesuatu harus dilakukan.
Kita mencadangkan para ibu bapa mula mengambil berat dan tahu apa yang dimakan anak-anak. Setiap makanan yang mahu dibeli harus diteliti kandungannya terutamanya kandungan gula tiruan tadi. Perhatikan pada gula-gula getah, coklat serta biskut. Begitu juga dengan tablet pemanis tiruan yang sering digunakan pesakit diabetes. Tinggalkan barangan itu dan kembali kepada gula biasa dengan kadar yang sepatutnya.
Negeri-negeri Amerika Syarikat sendiri telah mengharamkan Aspartame begitu juga dengan Kesatuan Eropah. Apa yang berlaku sebelum ini, Konglomerat itu telah mengeluarkan laporan palsu kununnya ia selamat dan berfaedah untuk pengguna sehingga diluluskan oleh pihak berkuasa seperti FDA di Amerika. Hakikatnya adalah songsangan kepada laporan tersebut. Aspartame dan pemanis tiruan lain itu adalah bahan yang karsinogenik- yakni boleh menyebabkan terjadinya barah.
Selain dari periuk tanpa lekat ‘non-stick’, periuk aluminium juga harus dihindari kerana ia amat beracun kepada otak manusia. Botol air plastik juga tidak boleh digunakan berulangkali kerana bahan kimianya mungkin terbocor dan berpindah ke dalam badan kita.

Secara ringkasnya, kembalilah kepada penyediaan makanan secara asas tanpa melibatkan peralatan yang canggih kerana ia mengundang masalah di belakang hari. Gunakan periuk keluli atau tanah. Kurangkan pemakanan ‘tit-bits’ anak-anak dengan biarlah bersusah sedikit membuat kuih-muih atau cucur kampung demi kebaikan mereka. Hindari makanan dari luar negara seperti China, Indonesia dan sebagainya kerana mereka jelas menggunakan pemanis tiruan, apatah lagi jika menggunakan lelemak trans mahupun lemak ‘kobau pendek’ tu!
Sekian semoga mendapat manfaat.
Artikel ni aku dapat dari email, just nak kongsi dengan kawan2 semua.. Dalam dunia yang semakin maju sekarang, semakin banyak benda yang kita ingat memudahkan segala urusan kita tapi sebenarnya banyak memudaratkan..
Macam gula2 & makanan ringan, kami memang pantau & elakkan benda2 ni pada anak2.. memang tak de stok pun kat umah.. Sebab ku tahu benda2 ni tak berapa elok utk kesihatan anak2. Terlampau banyak kandungan garam & gulanya.. Takut aku.. Tapi tulah.. elak2, sorok2 pun kadang terlepas jugak.. lagi la sekarang bila diaorang dah bersekolah, mana la kita tau.. cuma sebagai parents aku terangkan kepada anak2 kenapa benda tu tak elok di makan, akibatnya nanti. Alhamdulilah anak2 faham cuma biasala budak2 kadang time memberontak nak, mesti nak jugak benda tu.. terpaksa la ayah dia memenuhi keinginan diaorang, kalau aku tak de nya nak bagi..
No comments:
Post a Comment