Thursday, August 27, 2009

Cuci Mata Lagi...






English garden ni nampak macam simple je kan..

Tapi tetap cantik dipandang & memikat hati..

Seronoknya kalau dapat minum teh waktu petang kat halaman macam ni.. alangkah indahnya..

Layan...

Layan la lagu ni jap petang2 ni.. lagu ni berentak perlahan..
Syahdu pulak dengar...

Pertama kali dengar lagu ni dalam drama "Takdir yang Tercipta" lakonan Fahrin Ahmad & Umie Aida kat TV3 malam minggu lepas...

Sambil tu kepala ligat berfikir ni...
apa la nak masak petang ni ye..

Nasi? Mee bandung? Pasta? Duh! kenapa la tiba2 kemalasan melanda ni..

Kat luar pulak hujan.. ditambah angin memang kuat.. berderu2 bunyi angin dalam rumah.. syoknya kalau tidur.. hahaha..


Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Alhamdulilah.. ramadhan menjelma kembali..
Untuk semua pengunjung blog ini diucapakan..

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK”

Semoga ibadah puasa disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..
Mohon maaf di atas semua kesalahan & kesilapan
Baik yang tidak disengaja mahupun yang tersengaja..
Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Amin...

Dari Chempaqa.. terima kasih diucapkan..
selamat menjalani ibadah puasa buat Chempaqa dan keluarga

ekad yang diterima dari Yatt.. terima kasih yatt..
semoga ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran..
selamat menjalani ibadah puasa jua buat yatt dan keluarga..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Tag from Kak Pah.. Thanks...

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!

Questions & Your Answers


1. The person who tagged you
Kak Pah

2. His/her site's title and url
TADIKA AULAD http://www.auladjannah.blogspot.com/

3. Date when you were tagged
Tuesday, 18th August 2009

4. Persons you tagged
I am honored to pass this award to all of MY FOLLOWER.
So please take this awards and answer the simple questions.. Thank you..

Friday, August 14, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html


Kad di atas ni saya ambil dari blog Kak Intan.. seminggu saja lagi kita nak menyambut bulan puasa yang penuh keberkatan ni... Untuk semua juga diucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak... Semoga Ramadhan ini juga akan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah sesama kita..

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia
13/08/2009 12:17pm

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan




Rasa sayu hatiku bila mendengar lagu ini.. yang pasti kita semua akan merindui kelunakkan suaranya bila menyanyikan lagu-lagu kerohanian... sayu rasa bila mendengar alunan azan dan takbir dari Allahyarham...

Takziah untuk keluarga Allahyarham... Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.. Dan semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada keluarganya.. Al-Fatihah..

H1N1: Rakyat keluh-kesah

Sekadar untuk berkongsi..
Sumber : Forum Utusan Malaysia

SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.

Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.

Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.

Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.

Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.

Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?

Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.

Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.

Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik.

Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.

DOKTOR RISAU
Cheras

Award.. Award...


Ni adalah award yang diangkut bawak balik dari blog Liza.
Terima kasih Liza.. rajin sungguh dia create award ni..
warna pink tu begitu lembut ditengok.. cantik dan sweet..


Award kat atas ni pulak saya ambil dari blog Kak Mimieloma. Ikutkan nama ku tak de la dalam list terima award ni tapi tak kira gak lah nak ambik juga.. hehehe... sebab kat situ pun Kak Mimi ada quote untuk kawan2 baru yang belum dapat award ni.. so kira boleh la kan.. ;p

Saturday, August 8, 2009

~Pengalaman Pesakit H1N1~

Ini adalah pengalaman seseorang yang salah seorang dari ahli keluarganya mendapat virus H1N1 yang saya terima dari email.. tak tau betul ke tidak tapi pengalaman ni saya rasa agak menakutkan.. untuk panduan kita bersama...

**High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman**

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...
Thanks to Allah

DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.

Disini saya ingin berkongsi bersama doa untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini.. apa2 pun kita berdoa dan bertawakallah padaNya.. sesungguhnya hanya Dia yang mampu melindungi kita semua.. semoga kita semua terhidar dari segala penyakit merbahaya ini.. Insya'Allah..

InnaliLLAHi Wainna ilaihi raji’uun..

Berdoalah untuk mengelakkan penyakit dan beramallah mohon daripada ALLAH agar terhindar daripada segala jenis penyakit merebak seperti H1N1 dan lain-lain..

Amalan pertama:
Yasin : Ayat 58

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

Dipetik daripada : http://terapi-alfatah.blogspot.com/


Amalan kedua:

يا محي (Ya Muhyi)
68 X setiap selepas solat fardhu, amalkan dengan berharap agar ALLAH mengurniakan kita kesihatan dan terhindar dari penyakit-penyakit, moga-moga.. Insya ALLAH semua penyakit rohani dan jasmani dalam tubuh badan kita juga akan tersingkir..Segala penyakit, kesembuhan dan kesihatan daripada ALLAH jua...

Dipetik daripada: http://abumujahid-urduni.blogspot.com/2009/07/doa-hindari-penyakit.html

Wednesday, August 5, 2009

Hujan

Seharian hujan hari ni.. Langsung tak nampak matahari yang malu dibalik awan.. Sampai malam hari ni pun hujan masih lagi turun renyai2.. tu yang rasa malas je nak bangkit dari katil hari ni.. maunya tak cuaca pun gelap dan sejuk je.. besttt.. hehe..

Ari ni habis baca novel Tiga Hari Kemudian dari Ahadiat Akashah.. Karya2 dia ni biasanya menggunakan ayat2 yang santai je.. Boleh tahan lah cerita ni.. tapi kalau saya lah tak boleh terima konsep camni... Ada ke kahwin hanya untuk tiga hari??? Tapi disebabkan novel kan... layan je la... hehe...

Layan la pulak lagu HUJAN dari Allahyarham Sudirman ni.. langsung dibuai perasaan.. heheheh..

Saturday, August 1, 2009

Sedapnya lontong

Lama rasanya tak makan lontong ni.. tiba-tiba lak terasa teringin nak makan.. tahu tak apa dia lontong? alah nasi himpit yang dimakan bersama kuah lodeh dan sambal tumis tu.. tapi lagi sedap kalau dimakan bersama kuah kacang dan sedikit serunding.. berganda2 sedapnya! So malam tadi buka peti ais tengok apa yang ada.. tengok ada tempe, kacang panjang sikit, kentang ada.. boleh dah ni nak masak lodeh.. hehe.. Terus la rebus nasi impit tu malam tadi.. kuah lodeh dia pagi ni baru saya masak...

Nah ni lah jadinya.. lontong simple ku untuk sarapan dipagi sabtu ni.. hehe..


Hari ni dah 1 Ogos dah ke?? sekejabnya masa berlalu.. rasa macam baru je awal tahun ari tu kan.. tup2 dah tengah tahun.. ni lak dah 1 Ogos... sekejab lagi pula kita akan menyambut Ramadhan.. hai tak terasa masa berjalan.. tapi banyak lagi benda yang belum settle ikut perancangan.. camne nih...
Blog Widget by LinkWithin