Sekadar untuk berkongsi..
Sumber : Forum Utusan Malaysia
SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.
Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.
Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.
Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.
Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.
Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.
Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?
Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.
Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.
Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.
Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik.
Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.
DOKTOR RISAUSAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.
Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.
Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.
Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.
Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.
Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.
Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?
Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.
Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.
Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.
Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik.
Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.
Cheras
salam ifa perkara yg sama akk dan bunga fikirkan masa anak kami demam tempohari..kenapa yea..tak ada ke sesipa yang boleh bersuara bg pihak rakyat..
ReplyDeleteSalam Ifa, entah bila nak announce langkah drastik tah..memikirkan makin ramai yang sakit, apatah lagi kita bukannya banyak sangat bilik2 icu kat hospital nie nak tampung pesakit2 HINI yang makin bertambah..mana dengan pesakit2 lain yang sedia ada..sungguh sesak..akak dah boleh bayangkan..sbb 3 bulan berulang alik ke wad neuro HKL..satu pengalaman yang memberi banyak pengajaran..moga allah melindungi kita semua hendaknya. Amin
ReplyDeleteSalam kak ina.. kak salmi...
ReplyDeletetula saya pun tak faham.. agak kecewa gak sebenarnya... ditambah hari ni kes kematian bertambah ke angka 51 orang.. tidakkah menakutkan??? sesiapa yang healty kira oklah.. macamana pulak kalau dalam famili kita ada yang tergolong dalam golongan yang high risk.. tak sanggup rasanya kalau apa2 terjadi kat orang yang paling dekat dgn kita..
bukan nak ckp apa.. kerajaan pun mcm tak endah je ngan kes ni.. cam tak ada langsung langkah2 drastik diambil bak kata kak salmi.. saya ingatkan pengumuman semalam adalah nak bagitau sekolah dicutikan utk sementara bagi mengelakkan virus ni terus merebak ke.. tapi tak ada.. saya memang risau lagilah ada anak2 kecik ni.. lagilah dlm persekitaran kita yg humidity tinggi so senang sangat virus tu nak merebak..
adakah nanti bila berlaku kes kematian ngan org2 penting baru kerajaan nak bertindak? *sigh*
lagi satu saya agak kecewa bila kerajaan kata akan meneruskan upacara hari kebangsaan nanti.. kenapalah nak ambik risiko? sedangkan ramai yg dah meninggal.. bukanlah bermaksud sy tak patriotik.. tapi dlm masa skrg kebajikan & keselamatan rakyatlah patutnya lebih diutamakan..
skrg kitaorg tak kuar sgt ke mana2.. ke pasar pun hubby pergi sendiri.. beli barang terus cepat2 balik! mmg elakkan sangat2 tempat2 awam ni.. apapun kita tawakal padaNya.. moga Allah melindungi kita semua.. amin..
tapi siapalah yang nak mendengar rintihan kita rakyat jelata ni.. :(