Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia – Al-Fatihah

Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia
13/08/2009 12:17pm

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan




Rasa sayu hatiku bila mendengar lagu ini.. yang pasti kita semua akan merindui kelunakkan suaranya bila menyanyikan lagu-lagu kerohanian... sayu rasa bila mendengar alunan azan dan takbir dari Allahyarham...

Takziah untuk keluarga Allahyarham... Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.. Dan semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran kepada keluarganya.. Al-Fatihah..

5 comments:

  1. Salam...
    Innalillahiwainnaillaihirajioun....sorang2 Allah ambik, dulu tu zairie ketua kumpulan raihan, ni ust asri pulak... Allah lebih menyayangi dia. lagu pergi tak kembali tu.. rupa2nya untuk dia.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnaillaihirajion..Al-Fatihah utk arwah. Paling suke dengar suara dia mase Takbir Raya. Syahdu sungguh.

    ReplyDelete
  3. Salam Ifa, dari Allah kita datang, kepadanya juga kita semua kembali. Sayu sangat rasa hati sbb selalu tengok dia zikir dan azan kat asto oasis. Moga Allah tempatkan rohnya bersama-sama orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  4. INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN..AL FATIHAH.
    semalam baru mama kiter minta hubby tolong downloadkan nasyid dr Rabbani untuk di masukkan dlm blog mama kiter..tetapi masih belum berjaya..

    Huhuhu, tiba tiba hari ini mendapat berita sedih apabila Ustaz Asri telah kembali menemui ALLAH. Sayu hati bila mendengar nasyid nasyidnya yang banyak menyentuh hati. Azan yang di laungkan di Astro Oisis amat lunak..

    Semoga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas rohnya..AMIN..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Shidah, Liza, Kak Salmi, Kak Mamakiter...

    saya sendiri memang minat suara Allahyarham..pada saya vokal dia mmg superb especially time dia melaungkan azan & takbir.. begitu lunak merdu.. tu yg saya rasa satu kehilangan amat besar dlm industri kita.. lagi2 lah Allahyarham memperjuangkan lagu2 kerohanian... namun Allah lebih menyayanginya... begitulah.. semua itu ketentuan Allah.. yang pergi tak akan kembali.. Al fatihah...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin